Masih mencari kerja. Doakan yang terbaik 😘
23 December 2018
20 October 2018
13 October 2018
Alam baru
Tempoh pembelajaran formal secara rasminya dah tamat bagi aku buat masa ni. Harapnya proses ke alam baru @ pekerjaan lebih mudah.
12 July 2018
20 May 2018
Salam Ramadhan
Hampir 4 bulan praktikal jauh. Siapa sangka kurang sebulan lagi akan balik KL?
Macam mana kehidupan praktikal? Biasalah mula-mula takut, tak pasti, gementar, tapi lama-lama perlahan-lahan sesuaikan diri dengan persekitaran, pekerja, orang sekeliling, budaya & suasana.
Sekarang perasaan aku masih neutral lagi. Belum terasa tak sabar nak balik raya, belum terasa sedih nak tinggalkan tempat ni. Entahlah.
Apa-apa pun Ramadhan Mubarak semua 😊

Labels:
peribadi
Location:
Tawau, Sabah, Malaysia
24 March 2018
Kehidupan Praktikal
Kalau ikut nak tulis panjang-panjang tapi sebab asyik penat maka kita ringkaskan.
Hari dimulakan dengan roll call pada jam 5.15-20 macam tu jadi dah tentulah kena bangun lebih awal dalam pukul 4 lebih.
Lepas tu balik rumah balik & boleh nak sambung tidur, solat, masak & mandi. Apa-apa dalam tempoh 2 jam sebab kalau masuk ladang atau nurseri waktu kerja mula pukul 7. Kalau kilang masuk pukul 8 & tak ada roll call.
Kerja ladang & nurseri sampai pukul 11 untuk budak praktikal. Kilang samapai pukul 12 & pukul 1 masuk kilang balik. Ladang & nurseri pulak pukul 2 masuk pejabat. Melainkan ada kerja kelulut bolehlah masuk pejabat sebab kalau kelulut ada kerja kenalah sambung balik.
Waktu balik semua sama pukul 5.
Hari Jumaat ladang & nurseri cuti jadi tak ada roll call. Budak praktikal masih kerja macam biasa sebab hari Sabtu & Ahad dapat cuti sebab pekerja biasa cuti sama ada Jumaat atau Ahad.
Sumber elektrik & air sini agak terhad. Air ikut tangki yang dibekalkan. Kalau habis boleh panggil minta isikan tapi itulah. Agak lecehkan? Eletkrik pula hanya ada pukul 4-6 pagi, 10-5 pagi & 6-11 malam. Itu kalau guna generator diesel kalau guna hidroletrik dapatlah seharian sampai pukul 12 tengah malam.

28 February 2018
Dunia baru
Apa yang aku boleh kata aku sekarang di tempat baru, fasa baru & bakal mengalami pengalaman baru. Tak minta banyak hanya minta didoakan diberi kekuatan mental fizikal untuk hadapi hari-hari mendatang dengan cekal, berani & tabah.
20 February 2018
Ulasan Ringkas: Kyochon & Family Mart (MyTown)
Kyochon
Akhirnya ke Kyochon. Jujurnya aku bukan kisah sangat pasal makanan korea ni walaupun orang bising kata ayam goreng korea sedap la apa. Tapi sebab jenama Kyochon macam popular sangat dekat sini & adik aku pun macam suka jadi aku ikut je la. Disebabkan datang tarikh yang ada promosi makanya kena beratur panjang depan kedai tunggu meja. Bila masuk rupanya kedai dia tak la besar mana & agak sempit juga ruang antara duduk. Aku makan salsal, red pepper & mix combo. Oh tapi air mango chamomile dia sedap. Serius.
Ok berbalik ke ayam goreng. Bagi aku salsal tu sedap juga berbaloi beli walau harga untuk 4 keping dah RM13. Ayam dia... hmm.. red pepper tu pedas sedap tapi bagi orang yang tak tahan pedas macam aku pada pendapat aku masih boleh makan & nikmati. Kalau nak banding dengan pedas cili padi, yang ni pedas sekejap je.Takde hal. Ceh berlagak haha
Ayam madu dia... mula-mula bagi aku sedap tapi dah habis seketul aku rasa muak sebab manis sangat jadi... ok je la. Boleh makan kalau minat manis. Aku tak minat makanan macam ni kalau dimanis-maniskan sangat.
Ayam bawang putih ke kicap yang satu ni tak pasti tapi dia biasa agak bland dengan rasa bawang putih ke kicap menonjol macam tu la.
Kalau tanya nak pergi lagi ke tak.. hm.. kalau saja nak bawa orang lain merasa boleh la kalau datang nak makan lagi sekali mungkin tak kot...
Family Mart
Cuba teka pergi sini beli apa? Kalau bijak mesti tau. Tekaaaaaaaaaaaa
ODEN!
Mestilah nak cuba benda ni. Tadi beli set udon tambah korean fishcake dengan seafood fishcake. Sebenarnya nak pilih lama-lama sikit tapi benda alah ni depan kaunter jadi macam kelam kabut sebab orang datang nak beratur bayar lagi nak beli oden ni lagi.
Rasa dia ok juga cuma sup terlampau masin. Mak aku selalu tak suka benda-benda pelik kita orang suka beli ni tapi dia ada rasa juga & aku terkejut sebab dia kata sedap. Dalam hati macam "Oh mak aku makan juga benda-benda macam ni" haha
Sampingan yang lain sempat beli ais krim cheesecake. Ingatkan sedap. Maksud aku ais krim dia memang sedap cuma bagi aku terlampau manis. Rasa dia macam cheese biskut gery tu kau buat ais krim. Haaa.. macam tu la. Ingatkan rasa dia macam berkrim keju macam tu rupanya.. Alahai.. Takpe la nanti datang lagi aku nak beli matcha punya ais krim pulak.
Extra
Karipap + Ais krim IKEA
Sebenarnya haritu dah makan yogurt & ais krim tapi tak sempat merasa karipap & tak ingat nak tulis ulasan. Karipap dia sebab aku makan masa dah sejuk & agak kenyang, rasa dia biasa je pun. Cuma ada telur rebus dalam tu & pastri dia mungkin agak lain sikit. Tapi taklah selazat nak mati macam dikecoh-kecohkan dekat twitter semua tu. Ais krim & yogurt sedap. Pendapat ni mungkin berat sebelah sebab aku memang suka ais krim & saudara-maranya hahaha

18 February 2018
Ubahsuai gambar
Aku tengah dalam proses belajar cara-cara nak guna PS & seangkatan dengannya untuk cantikkan gambar yang nak dicetak. Dulu pernah sepupu aku belajar tapi aku tak minat jadi tak ambil kisah la. Sekarang bila ada gambar baru rasa kepentingan perlu tahu cara nak sunting gambar bagi nampak lawa huhu
16 February 2018
Resipi ringkas: Churros + Coklat
Saja nak kongsi resipi senang buat churros cuma jangan berharap jadi sedap sangat sebab resipi ni tak jadi churros yang gebu di dalam tapi bolehlah rasanya. Aku ingat mungkin kena letak yis ke apa sikit kot sebab yang beli dulu tu rasa dia serius sedap, luar nipis tapi rangup & dalam gebu macam donut. Apa-apa pun kalau nak cuba buat dekat rumah boleh la pakai resipi ni. Resipi ni pun ihsan internet & cuba-cuba sendiri haha
Churros
100 mL air
25 gm mentega
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1. Sediakan telur dalam bekas & kacau guna garfu.
2. Masuk air + mentega dalam periuk & panaskan atas api sampai mendidih.
3. Alih periuk dari api & masukkan tepung perlahan dalam periuk sambil kacau.
4. Masukkan telur dalam campuran tadi.
5. Kacau sampai tepung tak berketul.
6. Masuk adunan dalam peti sejuk selama 20 minit atau boleh terus goreng dalam minyak panas.
Coklat
Kepingan coklat masakan
Susu penuh krim
Vanila esen*
Susu sejat*
Gula*
1. Masuk susu + coklat dalam periuk & masak atas api sampai mereneh. (Kuantiti agak-agak jangan terlebih susu nanti cair sangat)
2. Boleh tambah bahan pilihan bertanda * ikut kesesuaian selera.

Kawan = Rakan = Sahabat = Teman
Lumrah hidup berkawan. Aku jenis pendiam jadi memang fitrahnya tak ramai kawan.
Tapi kadang-kadang sedih juga. Ada orang yang kita ingat kawan akhirnya dah tak bertegur, dah lupakan kita. Aku sendiri faham manusia berubah. Persekitaran, pergaulan & pengalaman merubah hidup seseorang.
Jujur aku sendiri bukan jenis selalu hubungi kawan-kawan tanya khabar, yang mungkin buat orang ingat aku dah lupa kawan. Mungkin ini kelemahan aku tapi kalau jumpa dekat alam nyata serius aku cakap aku memang tegur orang yang aku anggap kawan. Kalau tak bertegur dalam dunia sosial atau telefon ke apa aku masih rasa ok.
Yang sedih bila kau berjumpa empat mata & tiba-tiba orang yang kau anggap kawan buat-buat macam dia tak kenal kau langsung tu memang terasa sangat. Tak apalah. Aku hanya mampu kumpul pengalaman hidup walaupun sebenarnya dah beberapa kali juga kena cuma nak cakap perasaan sedih tu masih tak dapat dibendung 😢

14 February 2018
Ulasan Ringkas: A Kingdom of Dreams
Novel ni boleh kata antara novel kegemaran aku sebab secara jujur aku dah tak ingat berapa banyak kali aku ulang-ulang baca. Memang kalau perasan semua ulasan aku hanya berkisar novel percintaan. Dah nak buat macam mana dah itu yang aku habis baca. Aku ada juga baca novel genre misteri, kehidupan, falsafah etc tapi sedihnya semua aku baca sekerat je. Tak ada mood nak habiskan susah juga. Berbalik novel di atas, aku rasa novel ni yang paling bagus dari segi plot & perkembangan watak kalau nak dibanding dengan novel-novel lain dalam siri yang sama.
+
1. Jenny. Kesian heroin. Tapi aku rasa dia ni jenis cepat maafkan orang juga. Mungkin hanya untuk orang tersayang. Tapi memang kesianlah. Yang menarik sebab karakter dia sangat serupa macam gadis zaman moden ok. Bukan jenis menurut je.
2. Plot. Walaupun banyak sangat konflik tapi bagi aku taklah lebih-lebih & semak.
3. Perkembangan watak. Watak hero bagi aku ditulis dengan ok. Saat-saat penghujung tu masa datang kesedaran & cara dia tebus balik kesalahan & janji memang patut dipuji. Ini sebab aku bandingkan dengan novel-novel seangkatan dalam satu siri dia. Novel yang lain tu watak hero dia memang minta kaki sungguh. Dah nak penghujung cerita pun masih ego meninggi.
-
1. Ayah, abang & keluarga jauh Jenny. Ini bukan keluarga namanya. Eh menyampah nak komen lebih-lebih.
Tak semua suka novel yang sama. Jangan risau ada jutaan bahan bacaan sekarang sama ada fizikal atau maya yang penting diri sendiri je nak luangkan masa atau tak membaca.
10 February 2018
Ulasan Ringkas: Annie's Song
Dulu aku pernah kongsi ulasan novel yang hero tak sempurna mental (Simple Jess). Kali ni nak kongsi novel kegemaran yang mana heroin pulak tak sempurna fizikal. Masa baca review dekat goodreads ramai kata bagus tapi tak sangka bila sendiri mula baca novel ni memang seronok. Kalau dapat cuba la cari memang serius tak menyesal. Cuma faham-fahamlah novel orang barat ni selalu memang ada bahagian yang patut ditapis.
+
1. Perjalanan Hidup Annie. Sebagai pembaca kau memang tak boleh tapi memang harapkan perkara terbaik untuk dia.
2. Plot & penceritaan sangat menarik. Aku suka cara permasalahan & isu dirungkai dalam plot cerita.
3. Alex. Hero tak perlu sempurna tapi kalau boleh contohilah sikap terpuji dia ni.
4. Pembantu rumah Alex. Tak ingat nama tapi dia pun bagus. Kalau bukan sebab dia dah tentu watak hero & heroin tak berkembang.
-
1. Mak ayah Annie. Serius geram. Nasib dah nak pengakhiran ada salah seorang yang boleh dikatakan dimaafkan.
2. Situasi & keadaan yang terjadi dekat Annie. Ada la bahagian sedih tapi kebanyakkannya kau akan rasa kenapalah wujud jenis manusia minta kaki.
Novel lama tak semestinya ketinggalan zaman. Kadang-kadang teknik penulisan & plot penceritaan lebih berkualiti daripada novel zaman sekarang.
07 February 2018
Ulasan Ringkas: Boat Noodles & MyeongDong Topokki (Sunway Velocity), Street Churros (MyTown) & IKEA.
Sunway Velocity
Boat Noodles
Sebab pertama kali cuba, aku tak tahulah kalau lain cawangan lain cara masak tapi serius la rasa sup mi tempat ni sangat tak kena dengan selera aku. Yang aku makan, sup dia rasa masam yang tak sedap. Sama ada terlebih rencah masam atau terlebih sos ikan. Rencah dia tak ada perasa yang aku boleh kata yang kita biasa makan. Tapi yang pasti memang aku hanya makan mi & tak dapat habiskan sup walau satu mangkuk langsung. Adik aku kata sup dekat Times Square lagi sedap & tak sama dengan yang kami makan dekat tempat ni tapi tu la.. Kita tengok macam mana. Sebab serius cakap aku kalau suruh datang makan sini balik memang tak nak dah. Kalau nak puji pun pasal air chill chill sedap.
MyeongDong Topokki
Makanan tempat ni mengingatkan sebab aku tak berminat nak makan apa-apa makanan Korea lagi. Lebih sedekad lepas rasanya, aku pernah rasa nasi goreng kimchi. Nasib baik kimchi tu hanya sampingan sebab makan sekali dah tak rasa nak makan lagi hahahaha Macam tu la rasanya lepas satu gigitan topokki yang disalut kuahnya tu. Rasa sama masam macam kedai atas. Jenis masam plain campur bawang putih. Aku paksa makan 3-4 ketul sebab orang dah belanjakan huhu Yang pasti aku memang tak menyesal pun tak ikut trend semasa yang gila makanan Korea.
MyTown
Street Churros
Sedap. Yang ini bagi aku berbaloi beli. Harga dia memang agak mahal sebab harga lebih kurang & mahal sikit dari Auntie Anne. Tapi churros dia memang sedap, luar rangup tapi dalam gebu. Cuma bekas sos dia agak leceh guna sebab sos melekat dekat penutup & bila nak makan meleleh ke luar sebab penutup bersambung dengan bekas. Harga dia untuk churros je RM6, campur sos RM2 = RM8. Mungkin agak mahal tapi kalau setakat nak merasa harga tu ok kot.
IKEA
Kalau dah pergi sini nak makan apa lagi mesti la meatball. Bagi aku biasa je pun meatball dia. Dah la masa aku pergi tu sos lada hitam yang dorang buat cair. Tapi redha je la. Selain tu aku makan ais krim & yogurt dia. Tapi benda yang tak sedap mungkin air soda swedish tu. Gas dia serius banyak gila. Aku duduk dekat 2 jam juga gas dari bawah air tu tak habis-habis naik. Memang tak boleh nak minum gas kuat sangat. Tahu aku buat apa? Aku pergi campur dengan yogurt cair aku hahaha Adik aku ada beli karipap tapi tak sempat merasa dah habis *sedih* Takpe... memang nak datang lagi sebab Ikea dengan MyTown sebelah-sebelah je.
Gyoza (frozen)
Daripada haritu aku teringin gila nak makan makanan Jepun tapi banyak kedai dia tak halal sepenuhnya jadi rancangan tu kena tunda. Haritu pergi Giant ternampak produk gyoza ni masa tengah tengok-tengok. Aku pun apa lagi laju je ambil. Dah masak haritu & boleh kata aku dah agak aku suka sebab dia macam popia. Aku ni dah la hantu popia goreng jadi makanan yang lebih kurang sama aku agak mesti aku suka juga. Sekurang-kurangnya dah merasa. Jangan risau. Aku dah jumpa kedai Jepun yang aku boleh pergi 😍

31 January 2018
Kisah silam
Usaha yang aku tengah buat sekarang adalah untuk menghilangkan dan memadam kesan-kesan dan jejak terdahulu aku dalam dunia maya. Lagi-lagi akaun sosial media pada zaman-zaman aku "fangirl" dan jurnal/diari online dulu 😅
Bukan apa.. semua tu dah berlalu. Zaman pun dah berubah. Sekarang ni mana tahu bakal-bakal bos buat carian online. Malulah. Kalau post yang aku share berkaitan subbed video tu aku tak kisah sangat. Sebab itu antara skill komputer yang aku ada. Tapi post mengedik-gedik, luah perasan geram dan marah tu rasanya memang wajib hilang dari dikaitkan dengan aku huhu
Nasib baiklah akaun friendster, myspace dan macam-macam lagi sedekad yang lepas dah boleh kata lenyap disebabkan website tak function dan perubahan email. Kalau tak tahu la macam mana nak delete sebab email dengan password yang guna dulu pun dah tak ingat.

28 January 2018
Ulasan Ringkas: Can You Keep A Secret?
Rasanya nama penulis Sophie Kinselle dah cukup terkenal dengan remaja-remaja dan perempuan muda yang suka novel inggeris sebab aku perasan novel sophie yang tajuk shopaholic ni selalu ternampak dekat kedai buku macam popular & mph. Malangnya walaupun kawan sendiri ada novel tu, aku tak minat nak baca. Novel ni pun boleh kata bernasib baik jumpa & baca.
+
1. Kelakar. Watak heroin mengarut juga sebenarnya tapi seronok baca.
2. Sesuai untuk bacaan ringan sebab penulisan & plot ringkas.
-
1. Aku baca sekali je novel ni. Tak ada tarikan untuk buat baca ulang-ulang.
Sampai sekarang aku masih mencari bacaan ringan macam novel ni.
26 January 2018
Ulasan Ringkas: Cinta Sang Ratu
Akhirnya ada novel melayu yang aku nak ulas haha
Aku bukan apa selama ni banyak juga baca novel melayu sebab mak minat baca novel tapi jujurnya plot semua sama ok. Macam plot drama tv tu la. Asyik-asyik isu sebab darjat kaya dengan miskin, tak pun dalam watak tu sama ada hero atau heroin kaya atau dua-dua jadi sama-sama kaya pengakhirannya. Bosankan?
+
1. Ratna dengan Sunan. ❤❤❤
2. Plot bagus. Sekali lagi aku nak tekankan betapa susahnya nak cari plot novel melayu yang bukan seperti aku nyatakan di atas. Novel ni memang unik dari segi plot dan bahasa. Sedang dalam 5-10 tahun lepas banyak novel-novel yang guna bahasa pasar muncul, novel ni memang bawa pendekatan paling berbeza.
3. Suka mesej utama yang novel bawa berkaitan perjuangan untuk agama Islam. Cara penulisan dengan sebab-sebab di atas lagi buat novel ni menarik.
-
1. Heroin pertama dalam saga novel ni. Si Haryani. Tak minat sejak novel pertama.
2. Sebab di atas buatkan aku tak baca bila novel ni masuk penceritaan zaman sekarang atau berkait si Haryani. Serius langsung tak kisah.
3. Rasa bahagian Sunan sebagai hero dan sumber penceritaan sikit dari sepatutnya walaupun cerita dari dua zaman ada kaitan.
Aku sebenarnya tak minat masa mula-mula baca novel pertama Sunan tapi nasib baiklah novel tu pinjam orang. Banyak baca lompat-lompat tapi bila baca novel kedua ni aku terus sangat-sangat suka tapi itupun hanya suka kisah Ratna dan Sunan la. Ada baca novel ketiga tapi sebab watak Ratna tak ada jadinya aku pun hilang minat. Sejak tu memang tak pernah sambung novel Sunan yang lain. Tapi jangan risau sebab aku pun dah dapat tahu Ratna masih hidup dan cari dekat google buku online Sunan untuk baca bahagian tu hehe
23 January 2018
Penamat Satu Perjalanan
Maaflah sepanjang 4 tahun dari blog ni dicipta aku rasa hanya tahun pertama je aku rajin post. Bukan apa. Tiba2 dapat sambung belajar yang bagi aku agak mengejut. Daftar masuk semua kelam kabut dan faham-fahamlah bila ada status pelajar. Selalu sibuk. Kejar hantar assignment, projek, presentation, etc.
Tapi bila akhirnya dah hampir dapat balik status penganggur sementara menunggu latihan industri ni, rasa macam menyesal pulak tak tulis apa-apa. Sebab dulu masa diploma pun ada juga tulis dekat jurnal online. Lebih kurang macam diari online. Sekurang-kurangnya dapatlah imbau kenangan haha
Kita tengok macam mana. Harapnya rajinlah nak menaip 😀

Subscribe to:
Posts (Atom)