07 February 2018

Ulasan Ringkas: Boat Noodles & MyeongDong Topokki (Sunway Velocity), Street Churros (MyTown) & IKEA.

Sunway Velocity

Boat Noodles

Sebab pertama kali cuba, aku tak tahulah kalau lain cawangan lain cara masak tapi serius la rasa sup mi tempat ni sangat tak kena dengan selera aku. Yang aku makan, sup dia rasa masam yang tak sedap. Sama ada terlebih rencah masam atau terlebih sos ikan. Rencah dia tak ada perasa yang aku boleh kata yang kita biasa makan. Tapi yang pasti memang aku hanya makan mi & tak dapat habiskan sup walau satu mangkuk langsung. Adik aku kata sup dekat Times Square lagi sedap & tak sama dengan yang kami makan dekat tempat ni tapi tu la.. Kita tengok macam mana. Sebab serius cakap aku kalau suruh datang makan sini balik memang tak nak dah. Kalau nak puji pun pasal air chill chill sedap.

MyeongDong Topokki

Makanan tempat ni mengingatkan sebab aku tak berminat nak makan apa-apa makanan Korea lagi. Lebih sedekad lepas rasanya, aku pernah rasa nasi goreng kimchi. Nasib baik kimchi tu hanya sampingan sebab makan sekali dah tak rasa nak makan lagi hahahaha Macam tu la rasanya lepas satu gigitan topokki yang disalut kuahnya tu. Rasa sama masam macam kedai atas. Jenis masam plain campur bawang putih. Aku paksa makan 3-4 ketul sebab orang dah belanjakan huhu Yang pasti aku memang tak menyesal pun tak ikut trend semasa yang gila makanan Korea.


MyTown

Street Churros

Sedap. Yang ini bagi aku berbaloi beli. Harga dia memang agak mahal sebab harga lebih kurang & mahal sikit dari Auntie Anne. Tapi churros dia memang sedap, luar rangup tapi dalam gebu. Cuma bekas sos dia agak leceh guna sebab sos melekat dekat penutup & bila nak makan meleleh ke luar sebab penutup bersambung dengan bekas. Harga dia untuk churros je RM6, campur sos RM2 = RM8. Mungkin agak mahal tapi kalau setakat nak merasa harga tu ok kot.


IKEA

Kalau dah pergi sini nak makan apa lagi mesti la meatball. Bagi aku biasa je pun meatball dia. Dah la masa aku pergi tu sos lada hitam yang dorang buat cair. Tapi redha je la. Selain tu aku makan ais krim & yogurt dia. Tapi benda yang tak sedap mungkin air soda swedish tu. Gas dia serius banyak gila. Aku duduk dekat 2 jam juga gas dari bawah air tu tak habis-habis naik. Memang tak boleh nak minum gas kuat sangat. Tahu aku buat apa? Aku pergi campur dengan yogurt cair aku hahaha Adik aku ada beli karipap tapi tak sempat merasa dah habis *sedih* Takpe... memang nak datang lagi sebab Ikea dengan MyTown sebelah-sebelah je.


Gyoza (frozen)

Daripada haritu aku teringin gila nak makan makanan Jepun tapi banyak kedai dia tak halal sepenuhnya jadi rancangan tu kena tunda. Haritu pergi Giant ternampak produk gyoza ni masa tengah tengok-tengok. Aku pun apa lagi laju je ambil. Dah masak haritu & boleh kata aku dah agak aku suka sebab dia macam popia. Aku ni dah la hantu popia goreng jadi makanan yang lebih kurang sama aku agak mesti aku suka juga. Sekurang-kurangnya dah merasa. Jangan risau. Aku dah jumpa kedai Jepun yang aku boleh pergi 😍

No comments:

Post a Comment