Kalau ikut nak tulis panjang-panjang tapi sebab asyik penat maka kita ringkaskan.
Hari dimulakan dengan roll call pada jam 5.15-20 macam tu jadi dah tentulah kena bangun lebih awal dalam pukul 4 lebih.
Lepas tu balik rumah balik & boleh nak sambung tidur, solat, masak & mandi. Apa-apa dalam tempoh 2 jam sebab kalau masuk ladang atau nurseri waktu kerja mula pukul 7. Kalau kilang masuk pukul 8 & tak ada roll call.
Kerja ladang & nurseri sampai pukul 11 untuk budak praktikal. Kilang samapai pukul 12 & pukul 1 masuk kilang balik. Ladang & nurseri pulak pukul 2 masuk pejabat. Melainkan ada kerja kelulut bolehlah masuk pejabat sebab kalau kelulut ada kerja kenalah sambung balik.
Waktu balik semua sama pukul 5.
Hari Jumaat ladang & nurseri cuti jadi tak ada roll call. Budak praktikal masih kerja macam biasa sebab hari Sabtu & Ahad dapat cuti sebab pekerja biasa cuti sama ada Jumaat atau Ahad.
Sumber elektrik & air sini agak terhad. Air ikut tangki yang dibekalkan. Kalau habis boleh panggil minta isikan tapi itulah. Agak lecehkan? Eletkrik pula hanya ada pukul 4-6 pagi, 10-5 pagi & 6-11 malam. Itu kalau guna generator diesel kalau guna hidroletrik dapatlah seharian sampai pukul 12 tengah malam.
No comments:
Post a Comment