11 December 2019

Tips Ujian Bertulis DBKL DRAC1 & DRAC 2 Pengucapan Awam

Tips:

A. Bahan bacaan

1. Website DBKL la apa lagi. Kau baca semua dalam website dia. S.E.M.U.A. Faham? Kalau kau nak tau soalan paling senang tapi menyakitkan hati sebab aku tak tahu jawab? Dia tanya nombor hotlink DBKL. Pehhhh.. Senang macam tu je kena setepek. Ada lagi dia tanya pasal nama apps yang dia buat & program mingguan yang dianjurkan. Jabatan diuruskan bawah Kementerian Wilayah contoh dbkl, labuan, kg baru etc. Pasal siapakah datuk bandar pertama DBKL. Hah.. Berpinar juga otak aku mengingat susunan nama-nama mereka tapi nasib baik hentam betul hahaha

2. Pengajian Am. Untuk makhluk macam aku ni yang masa diploma ada la juga belajar pengajian malaysia, itu semua ilmu bertahun-tahun lepas yang tak pernah lagi diulang kaji. Apatah lagi masa ijazah sarjana muda ada subjek titas, hubungan etnik & falsafah ilmu yang secara jujur tak berapa sentuh sangat pasal hal ehwal Malaysia. Maksud aku ada belajar tapi bukan macam belajar sejarah masa sekolah dulu yang menyeluruh. Contoh soalan dia tanya akta apa yang diwujudkan tahun 1970. Ada soalan pasal jawatan pegawai keselamatan negara ke apa di bawah seliaan jabatan mana. Jadi aku nasihatkan kau buka website kabinet menteri tu, & seperti website DBKL, kau baca je la sekali lalu buat syarat.
Kalau untuk pengetahuan yang mungkin am mungkin tak berapa am, ada soalan tanya pasal mana satu jenis aset/liabiliti berkait akaun & perdagangan. Bacalah sikit-sikit asas perniagaan.

3. Peka isu-isu semasa & berita berkait DBKL. Masa aku ni dia tanya pasal nama insuran kerajaan untuk B40 dengan berapa saman perokok yang merokok dekat jejantas. Soalan nombor dua tu buat aku pening sebab aku punyalah fikir ada beza ke denda merokok dekat kawasan mana-mana. Yang tak boleh blah pilihan jawapan dia bagi tu contoh macam ni,
a. Denda RM 10 000 & penjara 2 tahun
b. Denda RM10 000 & penjara setahun
Kau nampak? Dah la aku dah keliru nampak pula jawapan ni lagi berpusing-pusing kepala otak aku. Tak campur lagi perasaan panik bila sedar masa dah tinggal sikit.
Aku rasa soalan wajib dia kan memang ada soalan "Siapakah yang berkuasa melantik Datuk Bandar" sebab aku pun dapat.
Soalan lain dia keluarkan lagi soalan pasal penukaran nama jalan tu. Dia bagi nama lama & nama baru lepas tu tanya mana satu yang salah.

4. Matematik
Kalau kau nak tau matematik dia jenis macam mana? Matematik busines ada kira-kira kompoun & peratus, cukai/baki tunai (soalan ni aku terlepas pandang jadi tak jawab la dah tak sempat hentam sebab masa dah habis) algebra yang ada x y tu, probability, simultaneous equation? nasib tak ada kalkulus kalau tak mau menangis. Jadi aku sarankan tak payah berlatih susah-susah cuma pastikan kau faham jenis soalan berayat ok, semua soalan matematik berayat, macam mana nak selesaikan. Masa aku tadi sebab dah kabut, formula entah ke mana fokus pun bertaburan maka memang huru-hara la pengiraan sampai la dapat bertenang.



B. Hari ujian

1. Bawa sijil-sijil asal yang disuruh saja. Contoh, kad pengenalan, SPM, ijazah & transkrip. Tak payah bawa salinan dokumen sebab urus setia cuma nak sahkan sijil memang milik empunya badan.

2. Pakaian sama ada formal atau smart casual. Macam dalam emel yang aku dapat tak dinyatakan tapi sebab aku risau aku pakai formal. Gara-gara meng-google arahan pakaian untuk calon tahun-tahun sebelumnya. Tapi smart casual pun boleh.

3. Bawa kipas tangan & air minum. Biasalah kan bab datang ujian untuk temuduga mesti nak awal jadi siap-siap la sedia 2 benda ni sebab kena menunggu keadaan panas & lama pula tu. Bukan nak kata boleh datang lambat tapi kalau kau tu dapat sesi ke-2 harapnya sila bersabar la ya.

4. Alat tulis: 1 pen, 1 pensel (lebih kalau nak selamat), 1 pemadam. Sebab kau kena hitamkan jawapan macam peperiksaan sekolah dulu jadi baiknya bawa pensel lebih kot la pensel patah ke dakwat pensel habis ke apa.

5. Jawab soalan artikel & berkaitan Malaysia dulu (mungkin di muka surat belakang) baru soalan matematik. Rasanya rata-rata dah kongsi masa memang tak cukup nak jawab 50 soalan dalam 45 minit je? Percayalah tu memang hakikat dia. Aku buka-buka kertas nampak soalan pertama soalan matematik. Ingat mampu la sangat nak buat bawah seminit satu soalan sekali dah buat sampai nombor 11 aku tengok jam dah lepas 10 minit macam...????!!!! Apalagi dengan kelam kabutnya aku buka muka surat belakang sekali & jawab soalan bukan kira-kira dulu. Sebenarnya aku ingat soalan matematik dia nombor je macam ujian IQ tau tak.  Tapi rupanya soalan matematik yang berayat tu. Hah... memang mustahil nak terus faham apa lagi kena kira pakai otak & conteng kertas je.


Yang ini aku tak dapat pergi tapi berdasarkan apa yang orang dah pergi share,

DRAC 2 Pengucapan Awam

1. 15 minit diberikan untuk sediakan teks. Boleh gunakan telefon bimbit.

2. Tempoh 10 minit untuk BM & 5 minit untuk BI (ini kalau format masih sama).

3. Pakaian formal dengan kasut bertutup.

4. Kena datang awal. Sebab sehari ada 3 sesi jadi program mungkin tak tunda macam DRAC  1