Semalam mimpi berkait dengan sekolah dulu sebelum nampak si Ajwad. Tak ada benda sangat sebab ingat cakap dengan dia lepas tu tukar pergi scene dalam shopping mall dekat bakery dan aku mimpi masa tu tengah jalan-jalan dengan kawan.... kecuali satu benda yang sangat..... tak dijangka. Bukan keluar dengan kawan je, aku keluar sama-sama dengan seorang lelaki, muka dia tak nampak tapi dia memang lagi tinggi, yang macam ada hubungan dengan aku. Dalam mimpi tu memanglah rasa macam suka dan gembira nak mati tapi bila bangun rasa sangat janggal ok hahahaha...
Sebabnya? Aku ni memang tak pernah nak berpakwe-pakwe tu yang macam...... errrkkkkk
Lagi satu, masa balik cuti U kelmarin naik bas, ada satu perhentian yang bas berhenti dan masa dia sampai kat stesen minyak tu aku perasan tapi aku sambung tidur balik. Sekali boleh pulak aku mimpikan dah sampai TBS dengan Nadzrin dan mak bapak aku pun datang nak jemput. Tengah mimpi macam tu tiba-tiba aku terbangun dan dalam mamai-mamai pergi la tengok kiri kanan. Aku punya kelam kabut aku macam "Hah! Dah sampai TBS apasal tak perasan ni.. alamak.." Lalu aku pun berlari dengan gopoh sambil pegang beg bantal, beg galas, ipad dan segala yang ada lari-lari anak ke depan bas. Rupanya bas tadi masih lagi kat RnR dan tengah parking dekat bahagian RnR lepas isi minyak. Memang aku malu sendiri. Nasib dekat dalam bas masa tu dua orang perempuan je. So aku pun buat la walk of shame ke seat aku balik. Hahahaha... Oleh itu pengajarannya sila bangunkan diri betul-betul dulu sebelum buat apa-apa. Sekian.