Kali ni nak cerita pasal masuk U pulak.
Aku nak cerita dari pengalaman sendiri yang kalau ikutkan, agak lain dari majoriti kawan-kawan & budak-budak sekolah. Selalunya, masa sekolah lagi-lagi bagi budak sekolah harian cikgu-cikgu akan galakkan untuk mohon matrikulasi kan? Mulanya, aku dah nak ikut cara tu, tapi rancangan Tuhan, perjalanan hidup aku jadi lain sikit dari biasa.
1. Habis-habis sekolah je, atas sebab-sebab yang aku malas nak cerita panjang lebar, bulan Januari tu juga mak aku hantar aku masuk ipts buat twinning program.
2. Tak lama dalam May aku dapat tawaran masuk Matrik tapi aku tolak sebab jujurnya, aku dah malas. December baru habis SPM, Januari kena paksa masuk belajar balik & bila dapat surat matrik tu aku memang tak nak pindah sana sini & mula semuanya balik.
3. Tapi sebab aku memang malas & tak ada semangat nak belajar kecuali 3 sem terakhir, cgpa aku tak lepas 3 jadi memang bye-bye la twinning program tu & dah bazir beberapa tahun sebab perangai sendiri.
4. Lepas tu aku tukar ke diploma & transfer credit subjects yang boleh. Dari situ aku mula balik & kali ni memang aku cuba & buat yang terbaik. Alhamdulillah diploma aku habis dengan cgpa yang sangat baik.
5. Habis yang tu, aku cuba mohon UPU nak masuk ipta buat degree. Sini la sebenarnya macam susah & tak ada kepastian. Aku memang dah tau kalau dari ipts, nak masuk ipta memang sangat susah. Jadi kali pertama mohon tu tunggu punya tunggu bila keluar keputusan, tak dapat. Takpe la kan. Tahun depannya tu, aku cuba lagi. Masa tu aku dah fikir, kalau tak dapat ni memang bukan rezeki & aku kena mula cari kerja tetap. Bila masa cek, tengok-tengok tak dapat juga. Jadi memang dah pasrah. Memang ada 2nd intake untuk rayuan tu tapi aku masa tu memang betul-betul dah redha. Sebab umur aku dah makin banyak jadi aku tak nak la menunggu je sampai bila-bila. Minggu keputusan rayuan tu, aku langsung tak teringat. Sampai tengah malam nak masuk hari Selasa. Masa tu mak aku tengah tengok berita kat tv1 & masa aku jalan dari dapur nak masuk bilik tiba-tiba mak aku tanya "Kakak, dah cek dah UPU?" Aku kata belum lagi sebab aku tak ingat. Aku dengan tak berharap langsung cek la webpage UPU tu. Buka-buka je aku tersenyap. Rayuan yang aku memang tak hantar dokumen yang dia nak semua balik & hanya settle online tu, aku dapat tawaran masuk U. Sebenarnya aku masa tu macam berbelah bahagi juga nak ambil ke tak nak sebab masa tu aku memang dah fikir dalam-dalam pasal kerja, nak simpan duit semua kan lepas tau tak dapat U awal bulan tu. Tapi aku pergi juga sebab fikir sekarang semua pun nak degree. Jadi, dekat sinilah aku sekarang.
Apa yang aku nak kongsi sebenarnya:
1. Jangan putus asa.
2. Kalau kita nak satu benda tapi tak dapat jangan sedih sangat, insyaAllah ada rezeki lain terbuka untuk kita.
3. Hanya sebab kita dulu ni malas, tak bermaksud kita tak boleh berubah.
Cikgu sekolah rendah aku pernah bagi macam satu kata-kata hikmat yang bff aku pegang sampai sekarang, "Tiada erti kelewatan bagi mengejar kejayaan". Aku sebenarnya memang bukan jenis ingat ke apa benda-benda macam tu & sebab aku ni agak pessimis? aku fikir ayat tu boleh guna untuk benda-benda tak bagus macam buat homework semua haha tapi betul la ayat tu sebenarnya. Memang menggambarkan jalan hidup aku kalau ikutkan. Apa-apa pun yang penting diri kita sendiri.
15 August 2015
29 June 2015
Mimpi
Semalam mimpi berkait dengan sekolah dulu sebelum nampak si Ajwad. Tak ada benda sangat sebab ingat cakap dengan dia lepas tu tukar pergi scene dalam shopping mall dekat bakery dan aku mimpi masa tu tengah jalan-jalan dengan kawan.... kecuali satu benda yang sangat..... tak dijangka. Bukan keluar dengan kawan je, aku keluar sama-sama dengan seorang lelaki, muka dia tak nampak tapi dia memang lagi tinggi, yang macam ada hubungan dengan aku. Dalam mimpi tu memanglah rasa macam suka dan gembira nak mati tapi bila bangun rasa sangat janggal ok hahahaha...
Sebabnya? Aku ni memang tak pernah nak berpakwe-pakwe tu yang macam...... errrkkkkk
Lagi satu, masa balik cuti U kelmarin naik bas, ada satu perhentian yang bas berhenti dan masa dia sampai kat stesen minyak tu aku perasan tapi aku sambung tidur balik. Sekali boleh pulak aku mimpikan dah sampai TBS dengan Nadzrin dan mak bapak aku pun datang nak jemput. Tengah mimpi macam tu tiba-tiba aku terbangun dan dalam mamai-mamai pergi la tengok kiri kanan. Aku punya kelam kabut aku macam "Hah! Dah sampai TBS apasal tak perasan ni.. alamak.." Lalu aku pun berlari dengan gopoh sambil pegang beg bantal, beg galas, ipad dan segala yang ada lari-lari anak ke depan bas. Rupanya bas tadi masih lagi kat RnR dan tengah parking dekat bahagian RnR lepas isi minyak. Memang aku malu sendiri. Nasib dekat dalam bas masa tu dua orang perempuan je. So aku pun buat la walk of shame ke seat aku balik. Hahahaha... Oleh itu pengajarannya sila bangunkan diri betul-betul dulu sebelum buat apa-apa. Sekian.
27 April 2015
Ebook
Pada satu hari yang malang, seorang manusia ter'double click & drag' folder document masuk ke dalam folder download yang juga mengandungi folder document, lalu terjadilah kekeliruan yang menyebabkan folder penuh ebook di'delete tanpa disedari. Sekian.
*menangis sendiri*
Subscribe to:
Posts (Atom)