21 July 2014

Ulasan ringkas: Love and Other Foreign Words



+

1. Josie
- Suka karakter dia. Mungkin sebab boleh faham bila dia fikir pasal itu ini, & "over thinking" yup tu sangat sama. 

2. Penghujung cerita
- Sangat memuaskan. Kalau baca mesti rasa kejam tapi bagi aku memang patut pun kena macam tu.

3. Gaya penulisan
- Menarik.


-

1. Kate
- Mula-mula dia ni ok, tapi lama-lama perangai sangat..... dibenci. Macam tak percaya seorang kakak boleh jadi sangat menyakitkan hati & tak bertimbang rasa langsung. Perangai macam budak-budak sangat bagi orang yang umur dah setengah 20-an.

2. Cliche
- Boleh agak ending dia macam mana walau cuba belit-belit dengan beberapa orang.

3. Emily
- Perangai dia ni memang tak berapa gemar betul.


11 July 2014

Ulasan ringkas: Simple Jess



Ya tau mesti nak kata ada ke patut ulasan pertama pasal novel inggeris haha. Tapi sebab baru habis baca dan masih lagi teruja jadi kena la buatkan. Oh jangan risau, tak buat karangan, setakat point je.


+
1. Watak Jesse/Simple Jess. 
- Tak tau nak komen apa. Kena baca sendiri kalau nak faham kenapa aku suka dia.

2. Ayah, nenek & abang ipar Jess
- Sangat menyokong & menerima Jess seadanya. Aku suka bapa dia selalu bagi semangat & dorong Jess buat kerja/benda baru & nenek dia yang layan Jess sama macam orang biasa. Abang ipar dia pun bagi semangat tapi tak macam ayah & nenek dia, abang ipar dia selalu bagi nasihat yang kata 'walau kau macam ni, kau masih lagi lelaki normal biasa, ada peluang untuk dapat/buat benda (yang ayah dia kata jangan berharap)'.

3. Baby Paisley
- Mula-mula budak ni memang buat aku berangin haha tapi sebab budak kan? Nasib baik perangai makin disukai lama-kelamaan. Lagipun aku bayangkan dia ni comel tu la jadi suka hahahaha



-
1. Cerita pasal watak sampingan terlebih penerangan.
- Ok tau la nak bagi faham & selami watak tapi memang tak perlu. Panjang sangat rasa macam melalut, sampai aku langkau tak baca bahagian dorang. 

2. Perwatakan Jess kurang penerangan/diterangkan terburu-buru.
- Bila dah sampai setengah ke suku nak habis, watak istimewa Jess tu penulis macam tinggalkan je untuk fokus benda lain. Sebab dari awal, dah dikenalkan yang Jess ni memang bergelut untuk urus benda kat dalam otak dia. Jadinya, ada bahagian tu rasa patut boleh tambah lagi apa yang Jess fikir & buat keputusan dalam otak dia semua tapi rasa macam kena tinggal.

3. Eben Baxley.
- Perangai bajet bagus mamat ni memang minta kaki aku.

4. Gaya bahasa.
- Aku tak tau la penulis ni ambil Amerika bahagian mana & tahun bila tapi aku agak yang duduk dekat ladang & dalam bahasa pasar kira golongan 'orang kampung' amerika la kan. Awal-awal tu aku tak berapa faham sebab loghat dia dalam tulisan nak diterjemah ke otak aku memang ambil masa yang lama. Tu pun ada je aku tak berapa faham sampai habis.


Sebenarnya aku tengah tengok-tengok ulasan novel masa terbaca sinopsis Simple Jess & tertarik. Tapi tak sangka novel ni keluar tahun 1996? Lama gila masa aku belum masuk sekolah rendah lagi tu.

10 July 2014

Membaca

Dah masuk Goodreads & cuba teka siapa yang konon-konon menyahut cabaran "2014 Reading Challenge" di akhir bulan Jun?
Ya saya~ haha
Tapi aku cuma letak 30 je. Kenapa? Sebab tak yakin jadi mula dengan angka rendah la dulu.
Dekat rekod tu aku letak 6 je. Kalau ikutkan aku dah baca lebih 30 tapi sebab semuanya 'romance' hahaha aku rasa macam tak menarik je nak buat rekod macam tu. Nak cuba baca benda lain yang walaupun ada 'romance', ada juga tema lain contoh paranormal ke time travel ke apa-apa je la yang bukan semata-mata 'romance' je.
Patut mulakan dengan novel-novel yang tersusun cantik atas meja aku tu tapi aku malas. Hahahaha

01 July 2014

Mee kari


Kalau ikutkan, aku ni memang jenis yang tak berapa suka masak. Rasanya dalam semua kerja rumah, memang memasak la paling bawah dalam senarai yang aku nak buat. Tapi kadang-kadang sebab sendiri pun jenis suka makan, KADANG-KADANG, aku masak la juga. Contohnya macam mee kari ni.


Ramadan Kareem semua.