Sempena keputusan MUET yang dah/sedang/bakal keluar ni, post ni memang nak ditujukan kepada mereka-mereka yang bakal ambil MUET lepas ni.
Ini la hasil daripada:
1. belajar sehari sebelum MUET
2. tanpa kelas formal, buku & faham sangat format MUET (Listening dengan Speaking tu dua-dua aku buat pertama kali masa MUET tu haha).
3. belajar sendiri melalui internet (yang sehari tu).
Motif post ni?
Bukan nak menunjuk ke apa. Yang aku nak kongsi sini, ujian bahasa lagi-lagi bahasa Inggeris ni markah dia selalu banyak dekat writing & reading kan? Jadi, kalau pun kau tu jenis tak suka belajar/buat latihan, cara senang nak tingkatkan kemahiran kau tu boleh guna saluran lain. Contoh?
1. Baca novel or apa-apa karya Inggeris.
2. Dengar lagu - yang ni jangan la kau dengar lepas tu nyanyi suka hati, kalau ada lagu tu kau suka, cuba kau dengar betul2 macam mana penyanyi tu sebut perkataan kecualilah kebanyakan lagu-lagu rap sebab jenis yang tu memang selalu suka guna slang.
3. Tengok & cuba faham filem/drama Inggeris TANPA sarikata - Yang ni betul aku cakap. Kau kena cuba. Mula-mula memang macam susah nak tangkap tapi lama-lama boleh.
Aku mengaku yang aku memang tak suka tulis karangan (walaupun masa sekolah dulu aku buat karangan ok tapi aku masih tak minat) & kalau ikutkan jangka masa sebelum MUET tu pun aku tak tengok sangat apa-apa cerita atau dengar lagu-lagu Inggeris. Tapi, aku memang ada satu rutin yang setiap hari aku buat -
baca fanfiction.
Bagi aku itu memang satu faktor yang sangat membantu. Tapi kena ingat, walaupun fanfiction, pilih la yang berkualiti sikit nak baca. Mana-mana alternatif selain belajar dekat atas ni, yang pentingnya kena pilih sumber yang BERKUALITI. Penulisan online ni selalunya banyak yang tak berkualiti lagi-lagi benda macam fanfiction. Kena pandai pilih la. Lagi satu, kalau rasa macam susah nak faham dengan benda yang dikategori dewasa ke apa mula la dari bawah. Contohnya nak tengok TV cerita Inggeris, boleh je mula perlahan-lahan dari cerita kanak-kanak lepas tu tukar drama/filem. Kalau pura-pura tengok cerita omputih banyak-banyak pun tapi kau masih tak faham/dapat, tak guna juga. Buang tenaga & masa kau je.
Jadi aku nak cakap dekat adik-adik, akak-abang, mak cik pak cik (yes ada ya orang berusia ambil MUET masa aku ambil dulu) yang sebenarnya boleh je nak score MUET ni band 3-4 tapi kena buat benda yang di atas ni la. Dah tentu-tentu pilihan dekat atas ni bukan paksaan siapa-siapa kan?